ALOR SETAR - Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun dan kekasihnya,
berusia 36 tahun ditahan dalam sekatan jalan di Taman Lake Home, Kubang
Pasu malam tadi kerana disyaki terlibat dalam pengedaran dadah.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Abdul Rahim Abdullah berkata, dalam sekatan 9.45 malam itu, polis merampas tujuh paket plastik lutsinar mengandungi heroin seberat 131 gram dan dua paket syabu seberat 5.01 gram daripada lelaki itu.
Beliau berkata, anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) yang menjalankan rondaan di Taman Tunku Sarina menahan pasangan itu yang menunggang motosikal jenis Suzuki Smash dan berada dalam keadaan mencurigakan.
"Anggota URB mengarahkan suspek supaya berhenti tetapi suspek memecut laju namun berjaya dipintas dan ditahan di bulatan Taman Lake Home untuk pemeriksaan," katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Abdul Rahim berkata, dalam pemeriksaan itu, selain dadah polis turut menemui wang tunai RM1,200 yang dipercayai hasil penjualan dadah.
Katanya suspek lelaki berasal dari Pendang dan remaja perempuan dari Jeniang itu kini ditahan reman dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. - Bernama