Gajah Curi Go-Pro Untuk Selfie...


PENGALAMAN melancong di Koh Phangan, Thailand mungkin menjadi antara kenangan terindah buat seorang pelancong dari Kanada apabila dia berjaya berselfie bersama seekor gajah

28D8F39000000578-0-image-a-49_1432028040642

Lebih epik, gambar selfie itu dirakam sendiri oleh gajah tersebut selepas merampas kamera GoPro milik pelancong berkenaan ketika sedang diberi makanan.

28D8F39800000578-0-image-a-50_1432028044201

Pelancong yang dikenali sebagai Christian LeBlanc, 22 berkata, kamera GoPro miliknya diletakkan dalam mode ‘timer’ apabila gajah berkenaan mengambil kamera tersebut lantas ‘merakam’ beberapa keping gambar menggunakan belalainya.

“Saya rasa sangat bertuah kerana dapat merakam detik manis bersama gajah ini. Ia adalah selfie terbaik dalam hidup saya,” katanya.

selfie-gajah
Christian yang sedang mengembara bersama teman wanitanya berkata, dia berhasrat untuk merakam gambar selfie bersama ikan paus di Filipina pula selepas ini.