GAMBAR: Bukti Yang Menggambarkan Keadaan Sebenar Di Permatang Pauh

Rumah orang kuat PAS di Kampung Tun Sardon, Permatang Pauh
PERMATANG PAUH - Gambar ini bukan disunting, diedit atau di"photoshop" oleh mana-mana pihak, namun telah dirakam oleh salah seorang wakil media yang kebetulan lalu di Kampung Tun Sardon, di sini pagi tadi.

Sebuah rumah yang dikatakan milik orang kuat PAS di kampung berkenaan yang dijangka akan mengejutkan calon PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, yang mungkin menyangka para pengundi PAS akan memberi undi kepadanya pada 7 Mei ini.

Gambar bukti dan senario berkenaan kini difaham telah mencetus kontroversi di kalangan akar umbi PKR di sekitar Permatang Pauh.

Sementara itu, sekeping gambar yang sempat dirakam semalam di Permatang Pasir turut mencetus kontroversi seolah membayangkan PAS seolah akan berpaling tadah dengan menyokong calon Barisan Nasiona, Suhaimi Sabudin, sebagai protes pendirian PKR yang menolak hukum Allah.
Gambar yang dirakam di Permatang Pasir, semalam
Penyokong PKR yang sedang hangat berkempen untuk Wan Azizah yang dikatakan kini mula menyedari taktik "memaksa" PAS Permatang Pauh dan Pemuda PAS Pulau Pinang untuk membuat kenyataan media menyokong mereka sebelum ini hanyalah "helah" semata-mata.

Sementara itu, sebilangan besar penyokong dan pengundi di kalangan akar umbi PAS di sini dikatakan mula bangkit mempertahan maruah Presiden parti dan perjuangan mereka menentang PKR yang menentang hudud.

Semalam, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Bagan, Azmi Jaafar, mengetuai satu demonstrasi mengecam PKR yang enggan meminta maaf pada PAS dan menegaskan pendirian tidak akan menyokong Wan Azizah selagi PKR tidak menyokong hudud di PRK Permatang Pauh.

Tindakan mengejut dari akar umbi PAS itu seolah menafikan kenyatan media yang dilakukan Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu, yang mengatakan kemelut "PAS boikot Wan Azizah" sebelum ini sudah selesai. -Kedahnews.com