Rupanya belum habis lagi kontroversi mengenai ikon fesyen terkenal, Wak Doyok.
Terbaru, dia sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila sengaja memuat naik gambar separuh bogelnya di laman Instagram.
Tindakan ikon fesyen itu berkongsi gambar tubuhnya tidak berbaju dan menampakkan putingnya menarik perhatian ramai peminat yang kelihatan teruja dan tidak kurang juga yang mengkritik.
Bagaimanapun, komen "berani mati" seorang peminat dikenali sebagai Syasya Mahmud yang memberi komen yang agak berahi mengejutkan pengguna lain yang di laman sosial itu.
“Mestilah suka dan gatal @Wakdoyok. Tak tahan tengok!” tulis Syasya.
Tambah sensasi, Wak Doyok dilihat seolah "melayan" dan saling berbalas komen bersama gadis berkenaan.
Ekoran tindakan Wak Doyok bersama gadis itu, mereka dikecam ramai kerana dianggap tidak bersesuaian dengan budaya Timur.
Macam-macam Wak Doyok ni, kan? Sekejap Kilafairy "merecik", sekarang ni dia pula yang "merecik". Apa-apa je la Wak Doyok weiii... -Kedahnews.com