GAMBAR: Shahz Jaszle Sah Bergelar Suami Hanis Husna Jumaat Lalu


Tahniah Kedahnews.com diucapkan kepada pelakon Shahz Jaszle yang sudah sah bergelar suami kepada kekasih hatinya, Hanis Husna, Jumaat lalu.

Majlis pernikahan pasangan ini dikatakan berlangsung di kediaman pengantin perempuan di Kelantan.

Aktor berusia 27 tahun itu sebelum ini pernah bertunang dengan Redzwani Puteri namun hubungan mereka tidak kesampaian gara-gara nama Shahz terpalit dengan satu kes khalwat dengan wanita yang dikenali sebagai Farah dua tahun lalu.

Semoga perkahwinan ini dapat menutup segala kisah-kisah kontroversi yang pernah melanda Shahz sebelum ini dan diharapkan bahtera kedua pasangan sama cantik sama padan ini akan berkekalan sehingga ke jannah. InsyaAllah. -Kedahnews.com
 
shah1
shah2
shah3
shah4
shah5
shah6