ALOR SETAR - Siasatan susulan berhubung kes sebuah pesawat milik syarikat penerbangan Germanwings
yang disyaki sengaja dijatuhkan di kawasan Pergunungan Alps, Perancis,
pakar berjaya menemui bukti baru.
Berdasarkan siasatan yang diperoleh dari kotak hitam pesawat berkenaan, pembantu juruterbang,
Andreas Lubitz dikatakan telah berlatih untuk menjunamkan pesawat
berkenaan sebelum itu.
Dalam laporan Reuters, Lubitz, 27, dikatakan membuat
‘latihan’ berkenaan dalam penerbangan dari Dusseldorf menuju Barcelona,
sebelum dia betul-betul melakukannya dalam perjalanan selepas itu.
Antara bukti yang ditemui Biro Analisis dan Siasatan adalah tindakan
Lubitz yang mengubah altitud penerbangan Germanwings ke 100 kaki.
Kecelakaan penerbangan tersebut disyaki sengaja dirancang oleh
pembantu juruterbang itu, sementelah kebanyakan bukti menjurus kepada
Lubitz.
pembantu juruterbang, Andreas Lubitz |
Antaranya, dia dikatakan mengunci pintu kokpit untuk menghalang
juruterbang masuk dan enggan membuka pintu walaupun didesak berbuat
demikian.
Nahas yang berlaku pada 24 Mac lalu mengorbankan kesemua 150 mangsa yang terdiri daripada penumpang dan anak kapal.