Sebagaimana maklum, agama Islam menganggap darah haid sebagai sesuatu yang kotor yang terhasil dari wanita yang datang bulan. Firman Allah SWT di dalam Al-Quran;
“Mereka bertanya kepadamu tentang haid. Katakanlah : “Haid itu adalah suatu kotoran”. Oleh sebab itu, hendaklah kamu menjauhkan diri dari wanita di waktu haid, dan janganlah kamu mendekatkan mereka, sebelum mereka suci…” (Al-Baqarah : 222)
Maka tidak salahlah jika umat Islam menganggap darah haid sebagai kotor dan jijik dipandangan mereka.
Namun usah disalah erti, memandangkan darah yang keluar dari rahim seorang wanita pada waktu-waktu tertentu
itu merupakan sunnatullah yang
telah ditetapkan Allah kepada seorang wanita.
Namun, lain pula pandangan seorang artis yang Kedahnews.com percaya bukan beragama Islam, Jen Lewis, yang
memilih untuk menjadikan darah haidnya sendiri sebagai karya seni dalam
sebuah projek yang dinamakan ‘Beauty in Blood’.
Ilham Jen Lewis tercetus ketika dia ternampak darah haidnya yang
dibuang ke dalam air menghasilkan rupa bentuk yang cantik dan penuh
abstrak seperti lukisan sekaligus mendatangkan ilham buatnya.
Hasil karya Jen Lewis yang dibantu oleh suaminya Rob Lewis selaku
jurugambar itu, mendapat perhatian ramai yang tertarik dengan bentuk
darah haid yang terhasil.
Menurut Jen Lewis, dia berharap karya seninya dapat mengubah persepsi
masyarakat umum yang kebiasaannya menolak atau kurang selesa bercakap
mengenai darah haid agar lebih menghargai pengalaman kaum wanita semasa
datang bulan.
Namun begitulah "gila"nya berseni tanpa batasan hingga darah haid pun sanggup dijadikan hasil karya seni, seolah-olah tiada lagi bahan yang lebih suci di dunia ini untuk diketengahkan sebagai karya mereka.
Mungkin kami "buta seni", namun sebagai umat Islam, kami menolak hasil karya seni yang tidak berlandaskan maqasid syariah yang diajar Rasulullah SAW. - Kedahnews.com