GST: Restoran Burger King Didenda RM40,000

ALOR SETAR - Sebuah rangkaian restoran franchise, Burger King, di Desa Sri Hartamas, Kuala Lumpur dilapor telah didenda RM40,000 akibat kegagalan menyerahkan dokumen berkaitan untuk penyiasatan berhubung keuntungan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) milik premis tersebut.

Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur hari menjatuhkan hukuman tersebut selepas Cosmo Restaurant Sdn Bhd gagal memberikan kerjasama kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Malaysia.

Sumber media menjelaskan bahawa kesalahan tersebut dilakukan pada 10 April lalu dan restoran itu diwakili pegawai kewangan mereka yang dikenali sebagai Prasad.

Hakim menjatuhkan hukuman itu di hadapan Timbalan Pendakwaraya, Zaileen Nadia Zubir dan peguam bela, Wan Nor Izzati Wan Idris. - Kedahnews.com