Guan Eng Cabar Abdul Hadi Bergabung Dengan BN?



SETIAUSAHA Agung DAP, Lim Guan Eng dilaporkan menyuruh Datuk Seri Abdul Hadi Awang bergabung membina kerajaan perpaduan dengan BN dan Umno secara terang-terangan jika itu yang beliau mahu.

Menerusi laporan disiarkan Malaysiakini hari ini, Guan Eng dilaporkan turut berkata, Abdul Hadi kini berkelakuan seperti “pemimpin Umno”.

Hal ini berikutan tindakan Abdul Hadi yang didakwa Guan Eng menyokong Perdana Menteri dalam isu Tabung Haji selain mengulas laporan sebuah laman web semalam, yang melaporkan pemimpin PAS itu sedia memutuskan hubungan dengan Pakatan ekoran isu kabinet bayangan.

PAS_ABDUL HADI AWANG_MYHARAKAH BAZAR

Abdul Hadi dilaporkan mengulas demikian kerana berpendapat pelan kabinet bayangan DAP angkuh dan tidak realistik kerana gagal mempertimbangkan pelbagai isu dalam perlembagaan.

“Dia (DAP) nak putus, putuslah. Saya kena berpijak di bumi Malaysia, bumi Malaysia ini bumi masyarakat majmuk.

“Kita sudah ada dewan-dewan himpunan, NGO-NGO bukan Islam pun banyak,” Hadi dilaporkan mengulas demikian ketika ditemubual pihak media di Marang.

Sumber: Mynewshub.cc