ALOR SETAR - Gambar di atas yang sedang tersebar viral di laman-laman sosial memaparkan tentang senarai bentuk-bentuk hukuman yang dilarang dikenakan
terhadap para pelajar di sekolah.
Difahamkan bahawa 23 senarai itu dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM) bagi bertujuan memberi garis panduan kepada guru-guru yang berhadapan dengan kerenah pelajar-pelajar mereka seharian.
Sumber menjelaskan bahawa gambar ini sebenarnya telah dirakam ketika Unit Disiplin
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengadakan sesi taklimat beberapa
tahun lalu.
Senarai bentuk-bentuk hukuman yang dilarang adalah seperti berikut;
HUKUMAN TERHADAP FIZIKAL
1. Berdiri lama di tengah panas
2. Lari keliling padang
3. Berdiri lama dalam/luar bilik darjah
4. Memukul diri sendiri/sesama sendiri
5. Berdiri di atas kerusi atau meja
6. Menarik rambut/tarik telinga
7. Belasah dengan alat seperti tali pinggang atau pembaris
8. Junjung kerusi/buku
9. Cubit
10. Enjut / ketuk ketampi / mendada
11. Ketuk / sekel kepala
2. Lari keliling padang
3. Berdiri lama dalam/luar bilik darjah
4. Memukul diri sendiri/sesama sendiri
5. Berdiri di atas kerusi atau meja
6. Menarik rambut/tarik telinga
7. Belasah dengan alat seperti tali pinggang atau pembaris
8. Junjung kerusi/buku
9. Cubit
10. Enjut / ketuk ketampi / mendada
11. Ketuk / sekel kepala
HUKUMAN TERHADAP MENTAL DAN EMOSI
1. Gunting Rambut
2. Berdiri membuat latihan
3. Berleter
4. Gantung tulisan di badan
5. Memalukan di khalayak ramai
6. Kelas tahanan pada waktu rehat
7. Memaki hamun
8. Conteng muka dengan kapur
9. Koyak buku latihan
10. Mengugut atau menggertak murid
11. Tidak menghiraukan murid
12. Tidak menanda buku latihan
2. Berdiri membuat latihan
3. Berleter
4. Gantung tulisan di badan
5. Memalukan di khalayak ramai
6. Kelas tahanan pada waktu rehat
7. Memaki hamun
8. Conteng muka dengan kapur
9. Koyak buku latihan
10. Mengugut atau menggertak murid
11. Tidak menghiraukan murid
12. Tidak menanda buku latihan
Menurut satu sumber lagi, larangan dan hukuman berkenaan sememangnya sudah
dilaksanakan oleh KPM beberapa tahun lalu, namun ia baru mendapat
perhatian meluas dari rakyat Malaysia.
Pada pandangan Kedahnews.com, patut pun para pelajar di zaman ini semuanya "bagus-bagus" belaka perangainya, kan? Malah "tiada" kes jenayah, hisap dadah, kurang ajar, biadap, seks bebas, kongsi gelap, tumbuk guru dan sebagainya, kan? "Patut" pun.... - Kedahnew.com