ALOR SETAR – Maklumat yang kononnya harga runcit petrol RON95 dan RON97 serta diesel bagi
Mei 2015 yang tersebar luas semalam adalah tidak benar sama sekali apabila kerajaan menegaskan harga minyak kekal diparas semasa.
Perkara berkenaan disahkan oleh jurucakap Kementerian
Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan kepada media lewat petang semalam.
Harga minyak di negara ini tidak berubah bagi 3 bulan berturut-turut, dengan petrol
RON95 kekal pada RM1.95 seliter, RON97 pada RM2.25 seliter dan diesel
pada RM1.95 seliter.
Semalam, pihak yang tidak bertanggungjawab telah bertindak menyebarkan propaganda "jangkaan" yang mendakwa kononnya harga Ron95 dan diesel akan naik ke paras RM2.10 seliter, manakala Ron97 dikatakan tidak berubah.
Bagaimanapun, "jangkaan" itu jelas meleset dan dipercayai mungkin sengaja disebar pihak tertentu bagi menimbulkan keresahan di kalangan rakyat Malaysia, sekaligus mencetus kebencian terhadap pihak kerajaan.
Sesetengah rakyat di zaman ini dikatakan cepat percaya dan mudah terpengaruh dengan laporan tidak sah dari laman-laman sosial tanpa kreadibiliti begitu cepat percaya pada dakwaan berkenaan telah berbaris panjang mengisi minyak di kenderaan masing-masing setelah menerima "false flag" berkenaan. – Kedahnews.com