Hebat Beraksi, Sudah Tentu Di Malaysia Ramai Teringin Miliki "Lily"...

lily

ALOR SETAR - Kadang-kadang, tidak terfikir di fikiran kita sejauh mana kecanggihan teknologi di zaan sekarang ini. 

Dengan kewujudan alat-alat moden kini sangat luar biasa telah mendorong kepada pelbagai ciptaan gajet-gajet terkini sekaligus membuktikan manusia semakin kreatif dan bijak.

Terbaru, kecanggihan teknologi masa kini dibuktikan dengan kecanggihan kamera baru untuk bersukan terutamanya yang dinamakan sebagai "Lily" yang merupakan sebuah gajet kamera "Throw And Shoot" pertama di dunia.

Kewujudan Lily ini dilihat telah membatasi kebanyakan kamera yang ada pada masa kini seperti GoPro yang digunakan oleh majoriti pengamal aktiviti lasak diluar sana.

Lily merupakan teknologi canggih baru yang boleh terbang mengikuti kemana sahaja anda pergi dengan menggunakan alat pengesan yang dipasang di pergelangan tangan.

Tidak percaya dengan kehebatan Lily? Sila tengok Lily beraksi video di bawah.

Lily merupakan kamera yang memilik sifat kalis air, berdefinisi tinggi, mudah dibawa dan boleh terapung di atas udara selama kira-kira 20 minit.

Agaknya bila Lily akan tiba di Malaysia? Sudah tentu ramai yang memilikinya, kan? -Kedahnews.com