KOTA KINABALU – Sebuah helikopter jenis Hornbill, milik syarikat
Layang-Layang Aerospace, terbalik lalu terbakar di bahagian enjin ketika
membuat pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu
di sini hari ini.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu, seorang
juruterbang wanita mengalami cedera ringan dan dihantar ke Hospital
Queen Elizabeth untuk menerima rawatan.
Kerja memadamkan kebakaran dikendalikan sendiri oleh pihak Bomba lapangan terbang itu, katanya. – BERNAMA