Hezbollah Iran Mengaku Mahu "Hancurkan" Umat Islam Sunni Syria

Pemimpin tertinggi Hezbollah, Hassan Nasrallah
BEIRUT - Pemimpin tertinggi Hezbollah, Hassan Nasrallah mengaku pergerakan militan Syiah pro-Iran itu tengah bersiap sedia melancarkan serangan ke atas Syria bagi ‘menghancurkan’ pejuang Sunni, Front Al-Nusra.

Dalam kenyataan yang disiarkan stesen televisyen Lubnan, Nasrallah mendakwa, serangan merentasi sempadan itu susulan tindakan Front Al-Nusra sering memberi ancaman terhadap keselamatan penganut syiah tempatan.

“Negara (Lubnan) tidak mampu menangani masalah ini… sehingga kami sendiri akan memberi tentangan yang sepatutnya secara radikal serta memikul tanggung jawab terhadap akibat serangan ini,” tegas Nasrallah.

Perbarisan anggota militan Hezbollah di Lubnan. – Gambar hiasan
Dia namun menolak mendedahkan bilakah operasi serangan akan dilancarkan tetapi sekadar gambaran, perang ke atas umat Islam Sunnah yang teguh bersatu di bawah Front Al-Nusra bakal digerakkan dalam masa terdekat.

“Kalaupun kami mahu memulakan (serangan), kami tidak akan mengeluarkan apa-apa kenyataan. Ketika kami mula, operasi itu sendiri akan ‘berbicara’ dengan sendirinya,” jelas Nasrallah dengan nada penuh angkuh.

Meskipun demikian, beliau menegaskan kawasan yang menjadi sasaran operasi ialah sempadan Qalamoun, sebuah daerah merentangi perbatasan Syria kerana tidak dijaga ‘ketat’ oleh tentera Lubnan sejak sekian lama.

Hezbollah amat digeruni penganut Sunni kerana kekejaman mereka. – Gambar hiasan
Ini menyebabkan pejuang Front Al-Nusra bebas menguasai wilayah sempadan kedua-dua negara itu, sekali gus melancarkan serangan tanpa masalah terhadap kedudukan militan Hezbollah yang ‘ditaja’ pemerintah Tehran.

Insiden serangan terbaharu Front Al-Nusra berlaku pada Selasa, bahkan menurut pihak keselamatan Lubnan sendiri, kelompok tersebut berjaya menawan sejumlah tebusan, termasuk beberapa askar dan polis Lubnan.

Hezbollah; sekutu Presiden Syria, Bashar al-Assad, yang juga penganut Syiah dan pro-Iran; telah menghantar ratusan anggotanya menggempur pelbagai kelompok militan Sunnah tempatan, termasuk Front Al-Nusra.

Ironi, walaupun bermaksud parti Allah dalam bahasa Arab, ramai ulama Sunnah termasuk pemimpin Al-Azhar di Mesir dan cendekiawan tersohor, Yusuf al-Qaradhawi menyelar Hezbollah sebagai parti syaitan. – Agensi