HOT! Samseng PKR Pukul Lelaki Cina Semalam? #PRKPermatangPauh


PERMATANG PAUH - Kira-kira jam 11 malam tadi dilaporkan telah berlaku satu kejadian insiden ganas membabitkan penyokong PKR dan juga petugas jentera parti komponen Barisan Nasional (BN) dari parti MCA di Kampung Sama Gagah, Seberang Jaya, di sini.

Kedahnews.com difahamkan dari rakan portal kami, Utaranews.com, bahawa petugas BN berkenaan telah dipukul dengan sebatang kayu oleh penyokong PKR yang dikatakan sengaja mengganggu ceramah kempen oleh jentera BN dikawasan tersebut, malam semalam.

Bermula dari pertelingkahan mulut, ia seterusnya bertukar menjadi ganas apabila penyokong PKR itu bertindak menggunakan kayu untuk memukul mangsa.

Turut dilapor bahawa petugas BN terbabit telah mengalami cedera di bahagian muka dan beberapa anggota tubuh.

Baju yang dipakai jentera MCA itu juga dikatakan sedikit koyak akibat insiden ganas tersebut.

Kami difahamkan bahawa satu laporan polis telah dibuat oleh mangsa dan satu sidang media berkenaan insiden berkenaan akan dibuat pagi ini. - Kedahnews.com