Beg kecil yang diisi dengan 49 paket syabu ditemui bersama suspek dalam serbuan tersebut. |
JITRA - Kelicikan seorang ibu kepada empat anak yang disyaki menjalankan
aktiviti mengedar dadah sejak tiga bulan lalu akhirnya terbongkar
apabila dia berjaya diberkas polis, Rabu lalu.
Dalam serbuan kira-kira jam 10.30 pagi itu, wanita berusia 36 tahun berkenaan cuba melarikan diri sebaik menyedari kehadiran polis di sebuah rumah di Mukim Bukit Tinggi, di sini.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Abd Rahim Abdullah berkata, ketika serbuan pihaknya mendapati suspek berada di dalam rumah tersebut.
Menurutnya, suspek bagaimanapun cuba melarikan diri dengan keluar dari rumah itu untuk mengelak ditahan.
“Kita berjaya menahannya dan hasil pemeriksaan menemui sebuah beg bersaiz kecil dipercayai milik suspek.
“Pemeriksaan lanjut mendapati beg tersebut mengandungi 49 paket plastik kecil yang diisi bahan yang disyaki dadah jenis syabu,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Abd Rahim berkata, suspek yang juga suri rumah itu disyaki menjalankan kegiatan mengedar dadah sejak tiga bulan lalu.
“Dadah yang dirampas daripada suspek seberat kira-kira 16.8 gram dengan harga pasaran RM2,250.
“Suspek direman selama tiga hari untuk tindakan lanjut, manakala kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.
Katanya, melalui Operasi Tapis yang dijalankan itu, pihaknya akan terus memburu mereka yang terlibat dalam aktiviti pengedaran dan penyalahgunaan dadah dari semasa ke semasa.
“Saya berharap masyarakat di daerah ini dapat bekerjasama dengan polis dalam usaha kita membanteras gejala dadah,” katanya.