Tiga penagih disoal siasat anggota penguatkuasa AADK |
KUALA NERANG - Misteri kehilangan dua beradik semalaman akhirnya
terjawab apabila mereka dijumpai di pejabat Agensi Anti Dadah Kebangsaan
(AADK) Cawangan Padang Terap, kelmarin.
Ketua Unit Penguatkuasa dan Keselamatan AADK Padang Terap, Megat Rodzep Megat Teh berkata, seorang ibu risau apabila mendapati dua anaknya itu hilang apabila dia pulang ke rumahnya di Keda Bukit Kura.
Menurutnya, bimbang dengan keselamatan dua anaknya itu, dia pergi ke balai polis sebelum dimaklumkan mereka telah ditahan dalam Ops Tapis .
"Ibu itu terkejut apabila dimaklumkan anak mereka ditahan kerana terbabit dengan kegiatan dadah.
"Bagaimanapun, dua beradik itu dijamin ibu mereka dan dikehendaki datang semula ke pejabat AADK bagi mengetahui keputusan dari makmal patologi Hospital Sultanah Bahiya (HSB) nanti," katanya.
Beliau berkata, pasangan adik beradik itu antara tujuh penagih yang ditahan AADK dalam Ops Tapis kira-kira jam 11 malam hingga 11 pagi, kelmarin.
Katanya, dalam operasi itu seramai lima penagih juga turut ditahan di Kampung Bonggol Pong, Pedu dan seorang daripadanya pengedar.
"Kami turut merampas 11 tiub straw plastik dipercayai diisi dadah jenis heroin dalam poket seluar pengedar terbabit. Suspek diserahkan ke balai polis Padang Terap untuk siasatan selanjutnya.
“Dalam operasi itu juga, tiga daripadanya mendapat jaminan daripada waris dan seorang dihantar ke Pusat Pemulihan Kampung Selamat, Pulau Pinang,” katanya.
Seramai lapan anggota AADK terlibat dalam operasi itu. Turut serta, Ketua Pegawai AADK Padang Terap, Zainal Abidin Ismail.
Megat Rodzep berkata, operasi itu hasil aduan dan kerjasama daripada penduduk mengenai kegiatan penagihan dadah di kawasan berkenaan.
"Kita mengalu-alukan orang ramai untuk terus membuat adua bagi membolehkan kegiatan salah guna dadah di kawasan masing-masing dapat dibanteras," katanya.

Sumber: Sinar Harian