Inilah Nepal Selepas 12 Hari Gempa Bumi Berlaku


ALOR SETAR - Seluruh dunia digemparkan dengan bencana gempa bumi di Nepal yang dikatakan terburuk pernah berlaku setakat ini dan dilaporkan telah mengorbankan seramai 7,000 penduduk sejak ianya berlaku pada 25 April lalu.

Gempa bermagnitud 7.8 itu dikenali sebagai Gempa Gorkha merupakan bencana terburuk yang berlaku di negara tersebut selepas gempa Nepal-Bihar pada 1934.

Gegaran turut berlaku di sekitar kawasan pergunungan tertinggi di dunia, Gunung Everest yang mana telah mengorbankan 19 pendaki dalam kejadian tersebut.

Akibat gempa, ratusan ribu penduduk di Kathmandu kehilangan tempat tinggal.

Bangunan tinggalan sejarah yang diiktiraf Unesco seperti Kathmandu Durbar Square, Patan Durbar Square dan Bhaktapur Durbar Square yang merupakan antara lokasi tarikan pelancong musnah sama sekali dalam gempa tersebut.

Sebelum ini turut dilaporkan, terdapat beberapa pakar pengkaji tanah telah memberikan amaran mengatakan kemungkinan besar Nepal akan dilanda gempa berikutan keadaan geologi, kepesatan penduduk dan kerancakan pembinaan bangunan di situ.

Di bawah ini merupakan antara kesan gempa yang berlaku di sana yang pastinya mengambil masa yang lama untuk membaik baik pulih kawasan yang terjejas. -Kedahnews.com
 
NEPAL
 

NEPAL3
Foto: Zakeria Embi