Isteri Jutawan Robert Kuok Meninggal Dunia

ALOR SETAR - Isteri jutawan terkenal Malaysia, Tan Sri Robert Kuok dilaporkan telah ditemui meninggal dunia kira-kira pada jam 12.45 tengah hari tadi di sebuah hotel terkemuka di Seoul, Korea Selatan.

Menurut laporan berita media di negara itu, Yonhap, punca kematian wanita berusia 65 tahun itu disebabkan serangan sakit jantung.

Turut difahamkan bahawa wanita yang dikenali sebagai G itu dikatakan berada di Seoul bagi menghadiri majlis perkahwinan anak perempuannya yang akan berlangsung minggu depan.

Menurut Forbes, Kuok masih lagi kekal berada di kedudukan teratas dalam senarai Orang Terkaya Malaysia sejak tahun 2006 hingga kini.

Jutawan berusia 91 tahun ini memiliki pelbagai rangkaian perniagaan dalam sektor minyak sawit, gula, hartanah dan perhotelan. -Kedahnews.com