ALOR SETAR - Lagenda Raja Pop Malaysia, Datuk Jamal Abdillah baru-baru ini mengaku hidupnya kini terasa sunyi kerana sekian lama membujang tidak mempunyai seorang isteri yang sudi menjadi suri hatinya.
Memetik laporan sebuah akhbar harian, Jamal berkata sehingga kini dia
tidak mendapat mencapai impian mencapai kebahagiaan yang diharapkan ekoran pernah mengalami
kegagalan dalam tiga perkahwinan sebelum ini.
"Saya ini seperti anda semua semestinya ingin mempunyai teman hidup
(isteri) namun sehingga kini tidak dapat mencapai impian itu.
"Sekarang rasa terhibur kerana dikelilingi ramai peminat, tetapi apabila tiba di rumah terasa sunyi kerana keseorangan.
"Saya meminati perempuan yang bertudung dan tidak kisah dari mana," keluh penyanyi bersuara emas itu.
Jamal mengaku, hingga kini beliau masih lagi menyimpan hasrat untuk mendirikan rumah
tangga kerana kesunyian yang semakin dirasai terutama selepas agak lama hidup solo sendirian tiada berteman.
Ada sesiapa wanita bertudung yang 'available' ingin membahagiakan Jamal?
Mudah-mudahan selepas ini Allah SWT menyediakan jodoh yang terbaik buat beliau dan kekal bahagia hingga ke akhir hayatnya, insyaAllah. -Kedahnews.com