Jambatan "Rollercoaster" Di Jepun

ALOR SETAR - Sebuah jambatan di Jepun menarik perhatian orang ramai di seluruh dunia apabila ia terbina dengan konsep yang sangat unik dan agak mengerikan bagi sesetengah pemandu.

Diberi nama Jambatan Eshima Ohashi, ia merupakan jambatan yang merentasi tasik Nakaumi yang menghubungkan antara bandar Matsue dan Sakaiminato di negara matahari terbit itu.

281678DD00000578-0-image-m-20_1430264833379

Sekiranya diamati, jambatan ini tidak ubah seperti permainan rollercoaster yang mempunyai kecuraman yang sangat tinggi serta panjang yang melebihi satu batu.

Menurut sumber ini adalah jambatan unik yang ketiga terbesar di dunia dan ia dibina tinggi bagi membolehkan kapal-kapal besar merentasi tasik itu dengan melalui bahagian bawah jambatan berkenaan. -Kedahnews.com

281678E500000578-0-image-a-21_1430264840418