Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim. |
KUALA TERENGGANU - Kasih sayang kepada ibu dan anggota keluarga yang
lain perlu sentiasa dizahirkan bagi mengukuhkan lagi institusi
kekeluargaan di negara ini, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga
dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim.
Sehubungan itu, beliau berkata kementerian kini mempergiatkan lagi pelbagai kempen agar masyarakat kembali kepada konsep asas untuk menyuburkan perasaan kasih sayang dalam kalangan anggota keluarga.
"Dalam keghairahan kita mengejar arus kemajuan dan kemodenan ketika ini, jangan sesekali kita lupakan perkara asas yang perlu dipupuk setiap hari iaitu kebahagiaan komuniti terkecil yang merupakan institusi keluarga.
"Kempen yang dijalankan kementerian ketika ini juga adalah perkara asas yang perlu dilakukan seperti komunikasi dua hala yang lancar, pemberian hadiah dan pelukan kasih sayang, terutama antara ibu dan anak," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Ibu Peringkat Kebangsaan bersempena program Jelajah Keluarga Bahagia Negeri Terengganu di sini hari ini.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri Datuk Muhammad Pehimi Yusof.
Sepuluh ibu cemerlang daripada pelbagai latar belakang turut diraikan dalam majlis itu atas kejayaan mereka melahirkan anak yang berjaya dalam akademik dan sahsiah.
Ditanya mengenai kes buang bayi yang kerap berlaku sejak akhir-akhir ini, Rohani berkata kementerian sedih dengan perkara itu kerana ia melibatkan nyawa bayi yang tidak berdosa sedangkan banyak cara lain boleh dilakukan untuk menyelamatkan nyawa bayi tersebut.
"Kenapa perlu membunuh, sedangkan kita ada rumah perlindungan untuk membantu gadis yang terlanjur ini... perkara ini tidak sepatutnya berlaku.
"Kementerian akan terus memperhebatkan kempen kesedaran agar dapat menyelamatkan nyawa bayi ini kerana masih ramai yang ingin menjaga kebajikan mereka," katanya. - Bernama