ALOR SETAR - Seorang pembantu tadbir di sebuah kem tentera di Perlis
sempat belanja beberapa rakan setugasnya sarapan pagi kelmarin, sebelum
maut selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 12.2 Lebuhraya Plus
dekat Changloon, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi itu, Salwa Salim, 31, bersama anak lelakinya, Iman Syahmi Ahmad Irwandy, 6, turut maut selepas kereta Proton Wira Aeroback yang dinaiki mereka terbabas ke kiri jalan dan melanggar pokok kelapa.
Rakan setugas mangsa, Arnida Abdul Rahman, 31, berkata, kira-kira jam 8.30 pagi kelmarin, arwah ada mengajak semua rakan sepejabatnya bersarapan.
"Arwah belanja kami semua makan. Malah, dia juga memaklumkan itu kali terakhir dia belanja dan selepas ini kami perlu bayar sendiri.
"Tak sangka kata-kata itu petanda arwah akan pergi," katanya.
Manakala rakan suami mangsa, Aqmal Mukmin Malik Fisol, 26, berkata, mereka sempat berlatih bermain boling bersama mangsa sekeluarga di sebuah kompleks membeli-belah di Jitra.
"Kami merupakan ahli kelab boling dikenali sebagai Special Event Beginer and Ladies berlatih bermain pada Isnin dan Khamis setiap minggu sebagai persediaan untuk satu pertandingan akan datang.
"Kami juga sempat makan di sebuah kedai sebelum mangsa yang menaiki kenderaan berasingan dengan suaminya pulang ke rumah mereka di Kampung Belukar, Changloon," katanya.
Menurutnya, suami mangsa, Ahmad Irwandy Ayob, 36, yang menaiki kereta Proton Iswara memandu tidak jauh dari kereta dipandu mangsa.
"Sebaik melihat kemalangan berlaku, Ahmad Irwandy segera membuka pintu kereta bagi menyelamatkan anak perempuannya, Ismahani, 3, selepas dengar anaknya itu menangis," katanya.
Bagaimanapun, Ahmad Irwandy ketika ditemui enggan mengulas lanjut mengenai kejadian meragut nyawa isteri dan anak lelakinya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Abd Rahim Abdullah berkata, wanita berkenaan memandu dari arah Jitra menghala ke Changloon bersama dua anaknya.
Bagaimanapun katanya, mangsa didakwa gagal mengawal kenderaan ketika di lokasi kejadian sebelum terbabas ke sebelah kiri jalan dan melanggar pokok kelapa .
"Mangsa dan anak lelakinya meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala serta badan selepas tercampak keluar dari kenderaan.
"Anak perempuan mangsa yang cedera ringan dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut," katanya.
Jenazah dua beranak berkenaan dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Bukhary kira-kira jam 11.20 pagi, semalam.

Sumber: Sinar Harian