ALOR SETAR - Bintang terkenal Hollywood, Jennifer Lawrence bertindak menolak
perlawaan Putera Harry yang menjemputnya hadir ke makan malam
bersama-sama di Istana Kensington.
Walau bagaimanapun, pelakon Hunger Games yang turut dikenali sebagai
JLaw menolak jemputan anak kedua Putera Charles itu dengan baik.
Menurut media antarabangsa, tindakan tersebut diambil JLaw dengan alasan bahawa dia tidak menggemari kehidupan Diraja.
Dalam laporan portal Life & Style, satu sumber rapat JLaw
berkata, “Putera harry telah mengarahkan pembantunya untuk mengundang
Jennifer keluar malam malam bersama dan meluangkan masa berjalan
menyusuri keindahan Istana Kensington.
“Namun sayangnya J Law menolak perlawaan tersebut secara sopan dengan
alasan tidak suka dengan kehidupan Diraja seperti yang dijalani oleh
Kate Middleton yang mendirikan rumah tangga dengan abangnya, Putera
William.”
Ada sumber lain turut menyatakan bahawa JLaw bertindak sedemikian
kerana dia kini berpacaran dengan vokalis kumpulan Coldplay, iaitu Chris
Martin.
Baru-baru ini, kedua-dua mereka dilihat bersama di satu kawasan
terkenal di bandar New York iaitu Tavern on the Green, malah turut
dilihat berpimpin tangan saat berjalan di ladang strawberi di situ.
Dalam satu laporan lain pula, ia menyatakan ini bukanlah pertama kali Putera Harry cuba mendekatkan diri dengan JLaw.
Pada tahun 2013, putera tersebut pernah mengaturkan sebuah program hanya untuk berhadapan dengan bintang tersohor itu.
Malah dia turut dilaporkan sudah jatuh hati terhadap JLaw kerana sifat semulajadinya yang periang dan bersahaja.