Kaia Gerber dan ibunya, Cindy Crawford |
ALOR SETAR - Pernah bergelar sebagai salah seorang wanita tercantik dunia, kejelitaan supermodel Cindy Crawford sememangnya tidak dapat dinafikan lagi oleh mana-mana pihak.
Dan kini, legasi kecantikan tersebut dikatakan berterusan apabila anak perempuannya, Kaia Gerber, disifatkan mewarisi raut wajahnya yang turut menghiasi majalah dan model bagi jenama-jenama terkemuka dunia.
Berwajah hampir seiras seolah "Cindy Crawford Jr", warga netizen di media sosial menghujani pujian melangit terhadap model cilik tersebut kerana pandai bergaya di depan kamera seperti ibunya.
Malah, menerusi beberapa keping gambar yang memaparkan mereka sekeluarga, ia menjadi antara topik perbualan hangat di internet sejak kebelakangan ini.
Kaia, 13, merupakan anak bongu Cindy bersama pasangannya, seorang
ahli perniagaan Rander Gerber.
Mereka turut memiliki seorang anak
lelaki, Presley, yang layak dikategorikan sebagai kacak.
Gambar-gambar tersebut dilaporkan telah dirakam ketika mereka sekeluarga hadir menyaksikan tayangan perdana filem "Tomorrowland", pada Sabtu lalu.
Turut difahamkan bahawa Kaia telah menyertai dunia model sejak tiga tahun lalu apabila sering terpilih memperagakan busana mewah dari jenama terkemuka, Young Versace.
Sejak itu, dia menjadi tarikan pelbagai majalah remaja dan dilihat acap kali mendapat peluang menjadi penghias majalah terkenal, Teen Vogue. -Kedahnews.com