Kelantan Gagal Pertahan Piala FA Untuk Kekal Di Malaysia

Kredit Foto: NSTP
ALOR SETAR - Mungkin tiada rezeki dan telah dtakdirkan Allah bahawa Piala FA tidak selamanya berada di bumi Malaysia.

Dan mungkin kerana itulah agaknya, Piala FA semalam di bawa pulang Lions XII menyeberangi Tambak Johor untuk berada di Singapura setelah memenangi perlawanan bola sepak menentang pasukan Kelantan atau “The Red Warriors” pada malam semalam.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil itu berakhir dengan keputusan 3-1.

Kredit Foto: NSTP
Kredit Foto: NSTP
Kemenangan ini sekaligus menyaksikan Lions XII mencipta dua sejarah iaitu berjaya membawa pulang Piala FA merentasi Tambak Johor dan kedua, bergelar pasukan kelab pertama memenangi piala ini.

Selain Lions XII, terdapat dua pasukan kelab yang pernah berjaya ke peringkat akhir perlawanan sebelum ini iaitu Felda United dan Sime Darby namun menemui kegagalan.

Pasukan Kelantan pernah dua kali menggenggam Piala FA sebelum ini iaitu pada 2012 dan 2013 sebelum piala berpindah milik ke tangan Pasukan Pahang pada 2014.

Kredit Foto: NSTP
Kredit Foto: NSTP
Penyerang Lions XII Sahil Suhaimi menjadi hero apabila menyumbang dua gol kepada pasukannya pada minit ke-81 dan 90 selepas gol pertama disumbat oleh Muhd Faris Ramli seawal minit ke-7.

Pemain terbaik perlawanan dianugerahkan kepada penjaga gol yang juga ketua pasukan Lions XII, Izwan Mahbud. -Kedahnews.com