Kenderaan yang dinaiki mangsa terbabas ke dalam longkang menyebabkan mangsa tersepit dan maut di lokasi kejadian. Gambar kecil: Allahyarham Shahrizan |
SUNGAI PETANI – “Arwah seorang yang terlalu sayangkan kanak-kanak.
Biarpun belum berumah tangga, tetapi rajin melayan dan menyuap nasi
kepada semua anak buah apabila berkumpul."
Demikian luahan kakak kepada mangsa kemalangan maut, Noriah Yahya, 39, berhubung sikap adiknya, Shahrizan Yahya, 35, dari Kampung Sungai Gajah, Bukit Selambau yang maut dalam kemalangan, awal pagi semalam.
Menurutnya, anak kelapan daripada 10 beradik itu tinggal bersama ibu, Che Kiah Ali, 65, dan ada menghubungi ibunya beberapa minit sebelum kejadian dan berjanji mahu pulang segera.
“Dia ada hubungi mak semasa dalam perjalanan pulang dan bertanya adakah mak dalam keadaan baik kerana dia pulang lewat tetapi mak memaklumkan dia selamat ditemani dua anak jiran di rumah.
“Arwah juga berjanji nak bawa pulang juadah mee untuk dimakan, namun tidak sangka itu merupakan panggilan terakhir beliau,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani semalam.
Noriah berkata, ibunya juga ada memaklumkan kepadanya tentang perubahan sikap Shahrizan yang tiba-tiba membersihkan bilik tidurnya menjadikan lebih teratur dan kemas selain melepaskan burung peliharaan sehari sebelum kejadian.
"Arwah yang digelar Paktam memang terlalu sayang anak buah dan rajin menyuap makan beramai-ramai sekiranya semua berkumpul. Dia memang sentiasa periang dan disukai semua orang,” katanya.
Katanya, kali terakhir dia berjumpa dengan Shahrizan pada 1 Mei lalu ketika cuti umum Hari Buruh dan dia langsung tidak menyedari sebarang perubahan tingkah laku berikutan sikap arwah yang sentiasa periang dan menghiburkan semua orang.
Shahrizan yang dipercayai melakukan kerja kampung maut selepas kenderaan yang dinaiki terbabas ke dalam longkang menyebabkan mangsa tersepit dalam kejadian di Bukit Selambau, awal pagi semalam.
Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik HSAH Sungai Petani untuk dibedah siasat.
Jenazah mangsa akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Cemara, Sik berdekatan pusara bapanya yang meninggal beberapa tahun lalu.

Sumber: Sinar Harian