RUKUN haji merupakan perbuatan yang mesti dilakukan oleh jemaah haji, sekiranya tidak dilakukan maka tidak tertunai haji mereka pada tahun tersebut. Rukun ini mesti yakin sahnya, jika tidak sah walaupun dilakukan ia dianggap tidak sempurna.
Rukun-rukun haji adalah:-
Rukun-rukun haji adalah:-
- Niat ihram haji
- Wukuf di Arafah
- Tawaf rukun haji
- Sa’ie haji
- Bercukur atau bergunting
- Tertib pada kebanyakan rukun
Niat ihram haji - “Sahaja aku mengerjakan haji dan berihram dengannya kerana Allah SWT” boleh dilafazkan walaupun tidak dalam keadaan bersuci atau dalam keadaan berhaid kerana lafaz itu tidak disyaratkan dalam keadaan bersuci.
Ia adalah rukun dan mesti dilafazkan di miqat atau sebelumnya. Jika terlupa berniat di miqat, dibolehkan berniat sesudah melepasi miqat tetapi dikenakan dam tertib dan taqdir sebagai ganti.
Tidak sah sekiranya berlaku pertukaran niat ihram haji kepada ihram umrah setelah dilafaz ihram haji (jika lafaz itu dilakukan bukan dalam bulan haji maka lafaz itu akan terjadi ihram umrah).
Wukuf di Padang Arafah merupakan rukun haji yang kedua. Waktu wukuf ini berlaku sekali sahaja dalam setahun iaitu bermula waktu Zuhur pada hari kesembilan Zulhijah sehinggalah fajar Subuh pada 10 Zulhijah di mana jemaah dikehendaki berada di Padang Arafah walau sekejap sahaja pada masa tersebut dalam keadaan sedar, tidak gila dan tidak tidur. Semasa di Arafah, jemaah digalakkan Solat Jamak Tamam kerana nusuk (ibadat).
Jika jemaah tidak sedar terus-menerus (pengsan) sehingga luput wukuf di Arafah maka tidak ada haji baginya.
Tawaf haji merupakan rukun haji yang ketiga. Tawaf yang bermaksud mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh (7) pusingan itu dimulai dengan niat yang bermula dan berakhir di sudut Hajarul Aswad dalam keadaan suci daripada hadas besar dan kecil serta suci daripada najis dalam keadaan menutup aurat.
Menjadikan Kaabah di sebelah kiri dan tidak bersentuh dengan Kaabah adalah juga daripada syarat sah tawaf. Doa semasa tawaf adalah sunat sahaja dan jika membacanya mendapat pahala. Semasa tawaf, persentuhan tanpa lapik antara lelaki dan perempuan tidak membatalkan wuduk dengan syarat tidak ada syahwat.
Jika persentuhan itu bersyahwat maka batal wuduk mereka. Masalah ini hanya untuk keadaan suasana tawaf sekarang (masyaqqah).
Sa’ie haji bermaksud berjalan ulang-alik yang bermula di Bukit Safa dan berakhir di Bukit Marwah. Perbuatan ini hendaklah dilakukan selepas Tawaf Haji (atau Tawaf Qudum bagi Haji Ifrad atau Qiran untuk mereka yang ingin lakukannya sebelum wukuf).
Perjalanan ulang-alik ini mesti mencukupi tujuh (7) kali (dikira satu kali dari Bukit Safa ke Bukit Marwah dan satu kali dari Bukit Marwah ke Bukit Safa). Mengekalkan niat sa’ie kerana Allah SWT semasa sa’ie serta dilakukan di tempat yang telah ditetapkan oleh syarak (iaitu tempat yang ditentukan oleh Nabi SAW).
Dalam keadaan jemaah haji menyorong kereta sorong dikira sah sa’ie kedua-duanya, sama ada yang duduk atau yang menyorong selagi tidak lari niat untuk sa’ie itu kerana Allah SWT bukan menyorong semata-mata. Walau bagaimanapun, tempat sa’ie tidak dikatakan masjid walaupun ia bersambung dengan masjid.
Bercukur atau bergunting adalah sebahagian daripada rukun haji yang membawa erti menanggalkan sekurang-kurangnya tiga (3) helai rambut di kepala. Waktu bercukur atau bergunting mulai selepas separuh malam 10 Zulhijah.
Afdal (lebih bagus)bagi lelaki bercukur seluruh kepala dan bagi wanita bergunting rambut sepanjang seruas jari. Jemaah haji yang tidak mempunyai rambut disunatkan hanya melalukan mata pisau cukur di atas kepala sebagai isyarat sahaja. Dibolehkan mencukur atau menggunting rambut sendiri atau rambut orang lain apabila masuk waktunya.
Rukun yang terakhir bagi haji ialah tertib pada kebanyakan rukun yang bermakna antara rukun-rukun itu dimulai dengan niat ihram haji, tawaf haji dan bercukur atau bergunting tidak boleh mendahului wukuf di Padang Arafah. Wallahu’alam.
Sumber: Utusan