KUALA LUMPUR - Hanya nama Pemangku Timbalan Ketua Ulama Pas, Dr Mahfodz
Mohamad dicalonkan bagi jawatan Ketua Dewan Ulama untuk pemilihan pada
Muktamar Pas ke-61, awal bulan depan.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa pemilihan, Asmuni Awi, selepas menerima semua pencalonan dari Pas negeri sehingga semalam, tiada nama lain dicalonkan untuk merebut jawatan tersebut.
"Senarai nama yang layak bertanding ini lewat kerana tarikh akhir mesyuarat ulama baru berakhir pada hujung minggu lalu.
"Selepas di analisa pada malam tadi, hanya satu nama dicalonkan untuk jawatan Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap dan Ketua Dewan Ulama iaitu Dr Hamdan Muhamad, Ustaz Omar Hashim dan Dr Mahfodz Mohamad," katanya pada sidang media di Ibu pejabat Pas, di sini, hari ini.

Sementara itu, jawatan Timbalan Ketua Dewan Ulama menyaksikan dua nama
yang layak dicalonkan iaitu Dr Nik Mohd Zawawi Sallleh dan Datuk Husin
Awang.
Bagi Naib Ketua Ketua Dewan Ulama pula, dua nama juga dicalonkan iaitu Nik Zawawi dan Johari Mat.
Manakala 23 nama layak dicalonkan bagi AJK Kerja Ulama Pas Pusat antaranya Mokhtar Senik, Dr Khairuddin Aman Razali, Nasruddin Hassan, Abu Bakar Abdullah, Azhar Yahya dan Abdullah Awang.
Tarikh tutup maklum balas calon ialah pada 25 Mei 2015.
"Selepas tarikh itu nanti, baru kita dapat melihat sama ada jawatan-jawatan itu ada pertandingan atau sebaliknya," kata Asmuni.

Sumber: Sinar Harian