Kisah Rakyat Malaysia Selamatkan Diri Dari Gempa Bumi Di Nepal

Muazammil Mamat (kanan).
ALOR SETAR - Bencana gempa bumi berukuran 7.8 pada skala Richter yang menimpa Nepal benar-benar mengejut seluruh dunia.

Apatah lagi, sehingga kini dilaporkan lebih 5000 nyawa telah terkorban dan rumah kediaman serta begitu banyak bangunan di negara itu hancur musnah dalam tragedi hitam ini.

Dalam pada itu, Kedahnews.com cukup tertarik mendengar pengalaman seorang rakyat Malaysia, Muazammil Mamat, yang menceritakan pengalamannya ketika berhadapan detik-detik cemas untuk menyelamatkan diri ketika gempa bumi berlaku.

gempa-dahsyat-7-7-sr-di-nepal-gedung-gedung-ambruk-1Em pengalaman-gempa-bumi-di-nepal-3

Muazammil atau lebih senang disapa sebagai Meng Mahawangsa difahamkan adalah merupakan seorang pengembara yang sedang melakukan dokumentasi khas di Nepal ketika kejadian berlaku.

Ikuti kisah Meng Mahawangsa
Perasaan saya amat gementar kerana melihat ruang bangunan saya bergerak kanan kiri terhuyung-hayang dan selepas seminit bergetar saya rasa saya akan mati kerana getaran yang kuat dan rasanya tak henti-henti. 

Saya dengar jeritan yang banyak dari luar hostel saya. Dan saya terus keluar dari bangunan ke kawasan lapang tapi kawasan di bangunan rapat-rapat. Saya ikut crowd yang banyak berlindung di bawah satu bangunan yang seakan-akan kukuh.

Keadaan di Nepal agak kesian. Melihat penduduk tempatan yang duduk di kawasan padang ketakutan kelaparan dan malam kelmarin hujan. Gempa susulan berlaku banyak kali tetapi kekerapan semakin kurang.

Semalam sahaja ade berlaku sekali pada 10 malam. Saya di airport tunggu Mercy datang. Semua berkeliaran kelam kabut lari pergi ke ruang terbuka di depan airport.

Semalam saya pergi ke tempat pembakaran mayat. Sejak gempa bumi lebih 100 mayat dibakar setiap hari.
Untuk makluman para pembaca, difahamkan juga bahawa Meng kini masih lagi berada di Nepal bagi menghulurkan bantuan bersama pihak Mercy di sana.

Meskipun sedang dalam misi pengembaraan, keprihatinan Meng dalam menghulurkan bantuan wajar dicontohi. -Kedahnews.com

Sumber asal: The Vocket