ALOR SETAR - Mungkin terlalu mudah terpengaruh dengan cerita di laman dan aplikasi sosial serta cepat percaya tanpa usul periksa, ramai di kalangan pengguna laman sosial yang terpedaya dengan insiden pintu premis Tabung Haji di Perlis pecah akibat perbuatan khianat.
Baru-baru ini, viral diperkata tentang sekeping gambar yang memaparkan pintu kaca Cawangan Tabung Haji di Perlis, dipecahkan kononnya berpunca dari perasaan tidak puas hati mengenai isu pembelian tanah TRX yang dilakukan Tabung Haji baru-baru ini.
Tersebar di laman-laman sosial mengenai punca pintu kaca tersebut berderai sehingga ramai yang terkeliru mengenai pembelian tanah tersebut yang kononnya merugikan walaupun Tabung Haji dijangka untung kira-kira RM6.5 juta dari urus niaga penjualan tanah itu dalam masa terdekat.
Dipercayai, mungkin cerita tersebut sengaja digembar-gemburkan oleh pihak tertentu untuk menjejaskan imej Tabung Haji dan pihak kerajaan, khususnya berkaitan isu 1MDB.
Bagaimanapun, rahsia sebenar insiden pintu kaca pecah itu akhirnya terbongkar.
Menurut sumber yang Kedahnews.com terima, pintu kaca tersebut pecah bukanlah berpunca dari tindakan sabotaj dari mana-man pihak, sebaliknya hanyalah satu kemalangan kecil yang tidak disengajakan tanpa sebarang unsur sabotaj.
Sumber kami turut menjelaskan bahawa kejadian tersebut dikatakan berpunca daripada engsel pintu yang tercabut hingga mengakibatkan pintu kaca pecah ketika waktu operasi kaunter telah tamat dan salah seorang pegawai TH dikatakan sedang bersiap untuk pulang.
Penjelasan itu sekaligus menafikan cerita palsu yang tersebar secara meluas sebelum ini.
Jelas sumber itu lagi, punca sebenar itu dipetik berdasarkan laporan polis yang dilakukan oleh pihak terbabit dalam insiden berkenaan.
Terkini, kami dimaklumkan bahawa pintu kaca yang pecah telah pun digantikan dengan yang baru. -Kedahnews.com