BRAZZAVILLE - Republik Congo yang dikuasai pemerintah Kristian Katholik mula melarang penggunaan ‘veil’ bagi menutup seluruh wajah wanita Muslim seumpama niqab atau purdah jika berada di tempat awam negara itu.
Pihak berkuasa negara rantau Afrika tengah itu juga melarang keras umat Islam khususnya pendatang asing untuk menginap secara sementara waktu sebagai musafir di dalam kawasan masjid di seluruh republik tersebut.
Pemerintah Brazzaville mendakwa kononnya, langkah tegas tersebut diambil dengan tujuan sebagai pencegahan berkembangnya aktiviti terorisme dalam negara yang separuh daripada penduduknya penganut agama Kristian.
Ribuan penduduk luar, terutama Muslim, telah berhijrah ke Congo dari negara-negara jirannya yang masih bergolak, terutama Republik Afrika Tengah, selain Gabon, Cameroon dan Republik Demokratik Congo.
Golongan pendatang transit ini bertaraf pencari suaka politik negara ketiga, pada umumnya sering berehat di masjid-masjid di Congo sebelum mendapat tempat perlindungan yang lebih tetap di Eropah atau Asia Barat.
Secara am, penduduk Islam di Congo adalah minoriti, dengan jumlah mereka kurang 5 peratus daripada 4.7 juta penduduk dan ia menjadi negara pertama di benua Afrika melaksanakan peraturan larangan busana tersebut.
Di Eropah, Perancis merupakan negara pertama di dunia melarang pemakaian ‘veil’ di khalayak awam menurut undang-undang kebangsaan sejak 2010 lalu, dengan ancaman hukuman denda sekitar 170 euro (RM690) .
Tahun lalu, mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah menyokong larangan pemakaian niqab atau purdah setelah seorang wanita Perancis mengemukakan aduan kerana menganggap ia mencabuli prinsip kebebasan beragama.
Dalam pada itu, Congo memberi alasan larangan ‘veil’ terpaksa dibuat ekoran laporan perisikan mendakwa, ada pengganas cuba menyamar dengan menutup wajah mereka daripada dicam pihak berkuasa. – Agensi