ALOR SETAR - Siasatan susulan dari penemuan 139 kubur dan 28 kem pelarian di kawasan
sempadan Malaysia-Thailand pada hujung minggu lalu menyaksikan wujudnya dakwaan mengatakan
kes tersebut berkaitan dengan aktiviti penjualan organ manusia.
Menurut penduduk setempat, kematian beramai-ramai mangsa
pemerdagangan manusia itu disyaki akibat dibunuh oleh sindiket sebelum
organ di dalam badannya dikeluarkan untuk dijual di pasaran gelap.
Seorang penduduk yang dikenali
sebagai Mah berkata, kemasukkan pendatang asing tanpa izin (PATI) di
Perlis bukanlah cerita baru, namun penemuan kubur-kubur tersebut
merupakan sesuatu yang mengejutkan.
“Umum mengetahui bahawa mangsa dibawa masuk dan disimpan di Malaysia
dan kemudiannya dibunuh, sebelum organ mereka dikeluarkan dan dibawa ke
Thailand.
“Sindiket atau pihak tidak bertanggungjawab itu tidak boleh
melakukannya di Thailand, kerana undang-undang yang sangt ketat, tetapi
mereka boleh masuk ke Malaysia secara haram dan bebas melakukannya di
sini.
“Pintu sempadan negara juga tidak dikawal dengan rapi dan kami,
penduduk tempatan selalu melihat ramai pendatang dari Bangladesh,
Myanmar dan Rohingya masuk ke sini setiap masa,” katanya yang dipetik dari sebuah portal.
Minggu lalu, seluruh negara dikejutkan dengan penemuan kawasan perkuburan yang dipercayai menjadi tempat pengkebumian mayat PATI yang diseludup masuk sindiket dari Bangladesh, Myanmar, termasuk etnik Rohingya.
Ekoran penemuan tersebut, pihak kerajaan bertindak mengarahkan pihak berkuasa menyiasat dan membongkar kawasan tersebut.
Semalam, Kementerian Dalam Negeri dalam kenyataannya memberitahu bahawa pihak berkuasa itu mengesyaki keterlibatan anggota pasukan keselamatan dalam aktiviti pemerdagangan manusia di sempadan negara berkenaan. -Kedahnews.com