Tiga lelaki warga Myanmar ini ditahan penguatkuasa imigresen ketika ke pasar malam untuk membeli-belah. |
JITRA - Hasrat beberapa warga asing untuk membeli keperluan harian di
sebuah pasar malam, dekat sini tergendala apabila mereka ditahan pihak
berkuasa dalam satu operasi lewat petang kelmarin.
Dalam Operasi Belanja yang dijalankan Jabatan Imigresen Kedah diketuai Penolong Pengarah Imigresen, Nar Azaman Ibrahim bersama 20 anggota berjaya melakukan pemeriksaan ke atas 18 warga asing dari pelbagai negara.
Pengarah Imigresen Kedah, Mohamad Yusri Hashim berkata, operasi sekitar tapak pasar malam Kepala Batas itu berjaya mengesan tiga lelaki warga Myanmar dan seorang lelaki Bangladesh didapati melakukan pelbagai kesalahan.
“Pemeriksaan ke atas warga Bangladesh itu mendapati dia memiliki pas lawatan palsu untuk berada di negara ini, manakala tiga warga Myanmar itu tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan,” katanya.
Mohamad Yusri berkata, operasi yang memberi tumpuan kepada pasar malam itu dilakukan bagi mengesan pendatang asing tanpa izin (Pati) yang didapati menjadikan pasar malam sebagai lokasi mereka membeli-belah.
“Kesemua yang ditahan berusia antara 24 hingga 35 tahun disyaki melakukan kesalahan berada di negara ini secara haram.
“Kes akan disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963 (Pindaan 2002) dan Seksyen 56 (1) (l) akta sama,” katanya.

Sumber: Sinar Harian