KUALA LUMPUR – Sebanyak 536 laman sesawang telah disekat di bawah
Akta Rumah Judi Terbuka 1953 setakat April tahun ini , Dewan Rakyat
diberitahu hari ini.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
berkata sekatan itu dibuat berdasar permohonan bertulis daripada Polis
DiRaja Malaysia.
Katanya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)
sentiasa memberikan bantuan teknikal kepada pihak yang bertanggungjawab
dalam isu-isu melibatkan kegiatan perjudian.
“Kerjasama yang diberikan termasuk bantuan sekatan akses terhadap
laman-laman sesawang perjudian haram ini,” katanya dalam jawapan
bertulis kepada Lim Lip Eng (DAP-Segambut) di Dewan Rakyat di sini.
Lim bertanya mengenai kaedah yang diambil kerjaan untuk membasmi
kegiatan perjudian laman sesawang haram yang berleluasa memandangkan
Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dianggap sudah lapuk. – BERNAMA