Lelaki Bertelanjang Bulat Berkeliaran Di Kampus UKM?

ALOR SETAR - Dilaporkan bahawa seorang lelaki dalam keadaan bogel yang ditemui berjalan-jalan dalam kawasan kampus telah mengejutkan seluruh warga Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), semalam.

Difahamkan, kehadiran lelaki berbogel yang dikatakan seolah-olah kurang siuman itu disedari oleh pihak polis bantuan ketika sedang melakukan rondaan pagi semalam.

Menurut Facebook UKM Pride, lelaki bogel itu telah dibawa ke balai polis untuk disoal siasat.

Dalam pada itu, ramai pelajar yang meninggalkan aduan di ruangan komen Facebook UKM agar pihak Universiti memperketatkan lagi kawalan keselamatan.

Diharap kesemua mahasiswa terutama siswi mengambil langkah berjaga-jaga dan tidak berjalan berseorangan di tempat sunyi. -Kedahnews.com