Lelaki Gatal Terima Habuan, Kena Hempuk Dengan Pelayan!


ALOR SETAR - Seorang lelaki yang dipercayai pelanggan di sebuah restoran di Rusia telah menerima habuan selepas cuba menggatal serta mengambil kesempatan ke atas pelayan wanita di restoran terbabit

Melalui rakaman video cctv di restoran itu, lelaki itu dilihat cuba membayar dengan memasukkan duit ke dalam baju pelayan wanita tersebut namun perbuatan gatal berkenaan berjaya ditepis dengan pantas.

Walau bagaimanapun, lelaki itu masih lagi tegar dengan tindakan biadapnya telah memegang punggung pelayan tersebut sebelum dihempuk dengan buku menu yang dipegang pelayan itu sehingga tersungkur.


Pada pandangan Kedahnews.com, memang layak sangatlah dia diberi pengajaran sebegitu dan kami yakin bahawa tindakan pelayan yang berani itu sememangnya akan dapat sorakan gemuruh daripada kaum hawa yang lain.

Jadi, kepada semua wanita di luar sana, sekiranya ada lelaki yang tidak tahu malu dan cuba mengambil kesempatan seperti itu, mungkin boleh melakukan perkara yang sama sebagai pengajaran awal, sebelum dilapor kepada pihak berkuasa. -Kedahnews.com