Mahfuz (tengah) bersama peniaga yang membantah arahan berpindah ke tapak pasar basah sementara. |
ALOR SETAR - Seramai 48 peniaga pasar basah Souq Commercial Centre,
Kompleks Albukhary di sini membantah notis arahan perpindahan ke tapak
pasar basah sementara di Hutan Kampung bermula 7 Mei hingga 18 Mei
depan.
Difahamkan,pengurusan Souq Realty akan menghentikan operasi 17 Mei ini setelah lesen perniagaan pasar basah itu tamat 31 Disember lalu.
Sebelum ini pasar itu diuruskan Rangkaian Teratai Sdn Bhd sebelum diambil alih pada 2006.
Berdasarkan notis yang dikeluarkan pada 17 April lalu, taklimat perpindahan dilaksanakan pada 22 April antara peniaga dengan pengurusan, namun beberapa persoalan tidak dijawab antaranya sebab utama perlu berpindah.
Bagaimanapun pihak pengurusan bersetuju menyediakan pengangkutan dan bantuan lain sepanjang tempoh perpindahan itu.
Peniaga barang runcit, Saudah Ibrahim, 57, berkata, dia tidak bersetuju untuk berpindah kerana sudah mempunyai pelanggan tetap.
“Selalunya hujung minggu seperti Jumaat dan Sabtu ramai pengunjung.
“Kami harap keputusan ini dipertimbangkan semula dan cari penyelesaian yang boleh memberi kebaikan kepada semua pihak,” katanya.
Peniaga ayam, Kamaruddin Hamid, 55, berkata, mereka bimbang tempat baharu tidak mendapat sambutan yang diharapkan dan akan menjejaskan pendapatan.
“Jika boleh benarkan kami terus berniaga di tapak ini kerana selesa dengan kemudahan disediakan sepanjang tempoh sembilan tahun di sini.
“Notis yang dikeluarkan juga singkat iaitu hanya sebulan dari tarikh taklimat. Tidak lama lagi Ramadan dan Aidilfitri, perubahan lokasi ini sedikit sebanyak akan mengganggu operasi perniagaan,” katanya.
Peniaga barang runcit, Rosnani Sulaiman, 48, berkata, dia yang juga seorang ibu tunggal bergantung kepada hasil perniagaan di situ untuk membesarkan dua anak.
“Jika pindah ke tapak baharu saya kena keluarkan lebih banyak kos kerana jarak rumah lebih jauh berbanding sekarang,” katanya.
Sementara itu, Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, arahan perpindahan itu tidak wajar kerana menempatkan peniaga di tempat tidak sesuai dan menimbulkan kesukaran bukan saja kepada peniaga malah pelanggan.
“Kerajaan negeri khususnya Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) perlu menghalang tindakan itu sehingga mereka mengadakan perbincangan mencari penyelesaian terbaik.
“MBAS memainkan peranan penting meluluskan tapak. Namun tapak baharu yang ingin diwujudkan itu berada di tengah antara pasar basah berhampiran sedia ada di Bukit Pinang dan Kepala Batas, termasuk satu lagi pasar baharu berdekatan lapangan terbang lama,”
katanya.
Mahfuz berkata, pasar sementara itu dipercayai tidak akan mendapat sambutan kerana terdapat beberapa kekurangan antaranya kawasan parkir terhad.
“Satu memorandum akan dihantar kepada MBAS dalam masa terdekat dan kita minta campur tangan kerajaan negeri, khususnya Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir untuk memihak kepada rakyat dan orang ramai,” katanya.
Adun Derga, Tan Kok Yew berkata, seharusnya pasar basah itu dikekalkan di tapak lama namun jika pengurusan tetap ingin meneruskan hasrat itu kerana mahu menaiktarafkan bangunan, mereka perlu tempatkan peniaga di kawasan berhampiran
“Pasar ini ada sejarah sendiri sebelum ini dikenali Pasar Besar Jalan Tun Abdul Razak dan telah lama wujud untuk memenuhi keperluan masyarakat,” katanya.
Sementara itu, Pengurus Kompleks Souq Realty Sdn Bhd, Mohd Fauzi Azmi berkata, mereka akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat untuk menjawab isu terbabit. -Sinar Harian