Maki Polis Bodoh, Keith Foo Hanya Perlu Bayar Denda RM100 Sahaja

Keith Foo
ALOR SETAR - Tindakan biadap bintang popular menerusi drama Ariana Rose, Keith Foo, yang memaki hamun polis trafik menyebabkan dia hanya didenda sebanyak RM100 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur.

Keith mengaku bersalah terhadap pertuduhan tersebut yang dilaporkan berlaku pada Mac lalu.

Memetik Harian Metro, Majistret Nur A’minahtul Mardiah Md Nor menjatuhkan hukuman denda terhadap Keith atau nama sebenarnya Foo Chuan Chin, 32 serta memerintahkan hukuman penjara selama 10 hari sekiranya gagal menjelaskan denda tersebut.

Berdasarkan pertuduhan di mahkamah, Keith didakwa telah mengeluarkan kenyataan biadab terhadap anggota bertugas dengan berkata, Kau siapa, kau ingat kau polis besar sangat kah bodoh.

Kesalahan tersebut dilaporkan berlaku di Jalan Davis arah bulatan Kampung Pandan, kira-kira jam 4.30 pagi, pada 15 Mac lalu. -Kedahnews.com