Maki Polis "Bodoh": Keith Foo Tampil Minta Maaf, Menyesal


Seperti yang dilaporkan sebelum ini, mahkamah telah mengarahkan aktor, Keith Foo, untuk membayar denda berjumlah  RM100 gara-gara tindakannya memaki seorang anggota polis trafik dengan ayat yang agak kasar termasuk menggunakan perkataan "bodoh", kira-kira dua bulan lalu.

Sehubungan itu, pelakon tersebut telah tampil memohon maaf secara terbuka dan menyesal di atas kesilapan yang dia lakukan itu.

“Saya minta maaf. Saya juga manusia biasa yang tidak lari daripada kesilapan.

“Saya menyesal dan ambil pengajaran daripada apa yang berlaku. Nasihat saya, jadikan ia teladan dan patuhi arahan yang dikeluarkan pihak berkuasa,” katanya yang dipetik dari sebuah portal berita, baru-baru ini.

Keith yang kini muncul dengan drama bersiri Isteri Luar Biasa melakukan kesalahan itu di Jalan Davis pada jam 4.30 pagi, 15 Mac lalu.

Pelakon itu mengaku bersalah di atas pertuduhan menghina anggota polis dan diarahkan membayar denda sebanyak RM100 atau akan dipenjarakan 10 hari sekiranya gagal membayar denda tersebut. -Kedahnews.com