Mayat Berbalut Dengan Tikar Plastik Ditemui Di Alor Setar


ALOR SETAR - Mayat seorang lelaki dilaporkan telah ditemui dalam keadaan berbalut dengan tikar plastik dan terapung di sebuah terusan sungai di Kampung Hutan Pulai, di sini awal pagi tadi.
 
Mayat lelaki berkenaan dipercayai merupakan warga asing berusia dalam lingkungan 20-an dan berasal dari Myammar.

Menurut Pegawai Penyiasat Polis Daerah Kota Setar, pihak polis kini sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung penemuan mayat terbabit.

Difahamkan bahawa mayat berkenaan telah dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk proses bedah siasat.

Bagaimanapun, hasil siasatan awal, tiada sebarang tanda BCG ditemui di badan mangsa.

Mayatnya ditemui telah dibalut dengan tikar plastik yang diikat di bahagian kepala, kaki dan perut mangsa. -Kedahnews.com