ALOR SETAR - Kami yakin bahawa bukan mudah untuk menasihati orang ramai supaya berhenti merokok, khususnya para perokok tegar.
Berbagai kempen dan usaha telah dijalankan, dilancarkan dan
dirasmikan oleh pelbagai pihak, termasuk kerajaan, pertubuhan, organisasi dan sebagainya.
Namun, tabiat perokok Malaysia sememangnya amat tegar dan mereka
tetap merokok tanpa mempedulikan orang ramai disekitar mereka, walaupun di
tempat awam.
Meskipun diberitahu dan terpampang tulisan "DILARANG MEROKOK" sebesar mana pun di tempat larangan merokok, selamba saja dihisapnya sebatang demi sebatang, bagi
memuaskan nafsu anak tekak yang sentiasa menginginkan "sejumlah nikotin".
Buat perokok-perokok tegar di luar sana, Kedahnews.com yakin anda mengetahui
bahaya asap rokok yang dihembus anda membahayakan orang awam bukan?
Jika anda masih berdegil lagi, mungkin video yang dibawakan oleh
Kementerian Kesihatan Indonesia ini bakal mengingatkan anda tentang
bahayanya asap rokok kepada orang awam.
Tapi kalau lepas menonton video di bawah ini dan tidak memberi sebarang kesan, maka kami pun tak tahu nak buat apa lagilah, kan? -Kedahnews.com