Morsi Dijatuhkan Hukuman Mati

FOTO diambil pada 8 Mei tahun lalu menunjukkan Morsi duduk di kandang tertuduh. - Foto AP
KAHERAH – Mahkamah Mesir hari ini menjatuhkan hukuman mati ke atas bekas Presiden, Mohamed Morsi dan lebih 100 tertuduh lain terdiri daripada pengikut Ikhwanul Muslimin kerana rusuhan di penjara pada 2011.

Morsi berada di kandang tertuduh apabila hakim membacakan keputusan itu.

Sebahagian besar daripada mereka dibicarakan tanpa kehadiran, termasuk ulama Islam terkenal, Yusuf Al-Qaradawi yang kini menetap di Qatar.

Kes seperti ini kebiasaannya akan dirujuk kepada pihak berkuasa agama Mesir iaitu pejabat Mufti, bagi mengemukakan pendapat sebelum apa-apa hukuman dilakukan. – AFP