Akibat ingkar arahan pembinaan landas yang terlalu tinggi, operasi merobohkan binaan terpaksa dilakukan dekat Taman Patani Jaya, semalam. |
SUNGAI PETANI – Orang ramai diingatkan agar tidak melakukan binaan haram
di lokasi tidak dibenarkan yang boleh mengganggu ketenteraman awam
sehingga mendatangkan kesusahan.
Ketua Bahagian Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK), Anil Aris berkata, binaan haram yang dimaksudkan termasuk landas di hadapan rumah yang melebihi ketinggian sepatutnya seperti yang berlaku di Taman Patani Jaya.
Menurutnya, menjadi satu kesalahan sekiranya binaan dibuat tanpa kelulusan terutama melibatkan laluan awam biarpun di hadapan rumah penghuni sendiri.
“Difahamkan, binaan itu dibina bagi memudahkan laluan pemilik kenderaan memandangkan kedudukan paras rumah yang lebih tinggi dari jalan perumahan.
“Bagaimanapun, binaan yang dibina tidak sekata iaitu lebih tinggi dari jalan raya sehingga boleh mendatangkan bahaya dan ada kalanya pengguna perlu mengelak ke laluan bertentangan apabila sampai ke depan rumah pemilik,” katanya.
Menurutnya, notis amaran sudah dihantar kepada pemilik dan diberi tempoh untuk menanggalkan landas tersebut seperti yang telah diarahkan.
Bagaimanapun, pemilik dilihat ingkar arahan berkenaan sehinggalah tempoh notis berakhir.
“Disebabkan itu, MPSPK telah melancarkan operasi merobohkan binaan tersebut yang dijalankan bersama 16 anggota penguat kuasa yang diketuai Roslin Bakar,” katanya.
Menurutnya, tindakan itu telah pun dimaklumkan kepada pemilik yang kemudian terpaksa akur dengan arahan tersebut.
Tindakan dilakukan mengikut Akta 133 Seksyen 46 Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 berhubung tindakan membina, mendirikan, membina tembok, pagar atau sesuatu benda yang menyebabkan halangan di mana-mana tempat awam.
Sekiranya didapati bersalah, boleh dikenakan denda tidak lebih dari RM500 bagi kesalahan pertama dan RM1,000 bagi kesalahan kedua atau berikutnya.

Sumber: Sinar Harian