Murid Darjah 3 Dipanah Petir Semalam Meninggal Dunia Pagi Tadi


ALOR SETAR – Murid Tahun Tiga yang kritikal akibat dipanah petir semalam, Siti Nur Aina Hairi, 9, menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat, Johor, kira-kira jam 8 pagi tadi.

Memetik sumber media, bapa murid berkenaan yang dikenali sebagai Hairi Mahat, 42, berkata Siti Nur Aina disahkan meninggal akibat kecederaan parah di kepala selain kerosakan paru-paru.

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 12.45 tengah hari semalam, Siti Nur Aina bersama dua individu lagi telah berteduh di bawah pondok di hadapan Sekolah Kebangsaan Permatang Rengas Karjan, Sri Medan.

Huda Janif @ Abdullah Omar, 35, dan Norazwan Juwari, 41, dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan dalaman badan dan melecur. -Kedahnews.com