SHAH ALAM – Seorang murid tahun lima Sekolah Kebangsaan Bukit Tinggi,
Klang cedera selepas terjatuh dari tingkat tiga bangunan sekolahnya
semalam.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Kamarulzaman Mamat berkata
murid lelaki berkenaan ditemui dalam keadaan tertiarap kira-kira pukul
10 pagi.
“Pekerja yang sedang membersihkan tangga sekolah menemui murid yang berbaju sukan dalam keadaan tertiarap.
“Siasatan awal menunjukkan pelajar itu terjatuh dari bangunan sekolah
dan mengalami kecederaan pada mata kanan dan kakinya disyaki akibat
terseliuh,” katanya.
Mangsa kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang dan keadaannya dilaporkan stabil.
Kejadian itu menjadi viral di laman sosial sejak awal pagi tadi
dengan terdapat kenyataan yang menyebut murid tersebut telah meninggal
dunia. – BERNAMA