Nabil Kini Berbadan Sado, Nafi Ambil Steroid


ALOR SETAR - Baru-baru ini kecoh diperkata tentang pelawak dan pelakon terkenal, Nabil Ahmad yang sebelum ini dikenali sebagai selebriti yang bertubuh "kurus kering", tiba-tiba tampil dengan imej baru berbadan sado dalam tempoh yang singkat.

Menerusi sekeping gambar yang tersebar di laman-laman media sosial, Nabil kelihatan jauh berbeza dari saat awal kemunculannya beberapa tahun lalu.

Namun biasalah, apabila sesuatu perubahan berlaku pada fizikal seseorang selebriti, maka ada suara-suara yang membuat spekulasi sendiri yang mendakwa Nabil mengambil bahan terlarang seperti steroid untuk tampil ‘sado’. 

Dalam satu kenyataannya sebelum ini, Nabil dikatakan pernah mengaku sudah berhabis kira-kira RM22,000 dalam tempoh dua bulan untuk mendapatkan bentuk tubuh idaman.

Benarkah dakwaan tesebut?

Bagi menjelaskan spekulasi berkenaan, Nabil menafikan tohmahan yang dilempar padanya.

Kata Nabil, dia hanya perlu menjaga pengambilan makan dan mengamalkan tidur yang teratur.

Nabil sebelum ini "melengkung" kurus tubuhnya, kan?
“Saya tidak berani mengambil barang terlarang seperti steroid sebab banyak kesan sampingan yang buruk. Cukup sekadar jaga pemakanan dan tidur yang cukup,” jelas Nabil yang dipetik dari Astro Gempak.

Selain itu, Nabil turut memberitahu bahawa tubuhnya menunjukkan perubahan drastik setelah dia tidak menjamah nasi selama tiga bulan.

“Saya sudah tiga bulan tidak makan nasi dan mengamalkan tidur yang cukup. Sebenarnya kalau kita boleh amalkan dua benda ini, Insya-Allah badan kita akan sihat.

“Pemakanan kena jaga sebab itu sekarang saya hanya makan sayur, daging dan makanan tambahan berbentuk protein,” katanya lagi membuka rahsianya kepada para peminat.

Malah Nabil juga menjelaskan bahawa dia telah memulakan rutin bersenam setahun lalu, namun tidak pernah berkongsi aktiviti peribadinya itu di ruangan media sosial. -Kedahnews.com