Mungkin dalam atmosfera politik kini, kebanyakan pembangkang melihat
situasi antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan mantan
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai satu kelebihan untuk
milage politik mereka.
Mana taknya, Tun M acapkali bersuara inginkan Najib untuk mengosongkan posisinya sebagai ketua kerajaan.
Di pihak Pakatan Rakyat (PR) terutamanya, ‘gelora’ dalam pentadbiran Najib dan UMNO dilihat sebagai satu kelebihan buat mereka.
Namun, tidak buat Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang!
Abdul Hadi berkata, Najib perlu diberi peluang untuk meneruskan
tugasnya sebagai Perdana Menteri kerana dia dipilih berdasarkan sistem
yang adil.
Memetik kenyataannya dalam laporan The Star, “Saya
setuju dengan Najib apabila beliau tidak melepaskan jawatannya dan dia
patut diberi peluang untuk menghabiskan tempoh pemerintahannya.”
Beliau membuat kenyataan menyokong Najib di Kuala Terengganu hari ini.
Ujar Ahli Parlimen Marang itu lagi, kecaman buat Najib untuk
melepaskan jawatannya disebabkan kontroversi syarikat 1Malaysia
Development Berhad (1MDB) adalah sia-sia.
“Ia sangat memalukan untuk memberi tekanan kepadanya segera
letak jawatan kerana kita sepatutnya mengamalkan sistem demokrasi yang
telus.”
Abdul Hadi turut membandingkan senario Najib dengan era pemerintahan
Perdana Menteri terdahulu yang terpaksa meletak jawatan kerana desakan
sesetengah pihak.
“Ini bukanlah situasi baharu. Sebelum 1MDB, kita turut
menghadapi masalah dengan Perwaja (Steel Sdn. Bhd.), Zon Bebas Pelabuhan
Klang (PKFZ) dan banyak lagi.”
ekanan yang dihadapi Najib dari pihak luar termasuk veteran UMNO
gagal menggugat beliau yang malah diberi sokongan penuh oleh kesemua
sayap iaitu Wanita, Pemuda dan Puteri.
Selain itu, anggota Majlis Tertinggi UMNO yang bermesyuarat semalam
turut menyatakan sokongan padu kepada beliau dan timbalannya, Tan Sri
Muhyiddin Yassin untuk mengemudi kepimpinan tertinggi parti.
Kenyataan terbaharu Abdul Hadi ini dilihat sebagai satu tamparan buat pakatan pembangkang.
Maklumlah semalam, Abdul Hadi dilihat bersetuju dengan perlantikan
Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai Ketua Pembangkang. Hari ini
pula, lain ceritanya, dia menyokong kepimpinan Najib!
Sumber: Mynewshub.cc