KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini
menyenaraikan 13 isu dan tuduhan terhadap beliau dan kerajaan, termasuk
mengenai kes Altantuya.
Najib dalam Twitter dan blog beliau NajibRazak.com
menyatakan: “Saya telah meluangkan masa untuk melihat pelbagai soalan
dan isu yang dibangkitkan oleh beberapa pihak dan telah menulis pendapat
saya mengenainya.”
Dalam tweet beliau, Najib berkata: “Orang ramai perlu mengambil kira
bahawa dalam politik, banyak isu yang kerap dimainkan, dan ini
(Altantuya) adalah satu daripadanya.”
Beliau kemudian menyenaraikan 13 tuduhan dan dakwaan itu seperti berikut:
1. Tuduhan mengenai kes Altantuya.
2. Dakwaan bahawa media antarabangsa melabelkan Malaysia sebagai ‘Negara Paling Banyak Rasuah’.
3. Tuduhan bahawa BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) adalah rasuah.
4. Tuduhan terhadap 1MDB (1Malaysia Development Berhad).
5. Tuduhan mengenai ‘Jambatan bengkok’ – Dakwaan: Kita tidak berani
membina jambatan atas tanah sendiri tanpa kelulusan Singapura.
6. Dakwaan: “Sebagai Presiden UMNO, Najib adalah lebih teruk
berbanding Pak Lah” (Perdana Menteri Malaysia kelima Tun Abdullah Ahmad
Badawi).
7. Tuduhan: (Najib) mengabaikan Unit Perancang Ekonomi (EPU), dengan
menubuhkan sebuah agensi baharu untuk merancang pembangunan negara.
8. Dakwaan: Perkhidmatan, kepakaran dan pengalaman penjawat awam tidak lagi diperlukan.
9. Dakwaan: Untuk menawan kembali penduduk Cina dan India, Najib telah mengabaikan tindakan afirmatif.
10. Dakwaan bahawa BN akan tewas pada Pilihan Raya Umum akan datang.
11. Dakwaan bahawa 1Malaysia adalah sama dengan Malaysian Malaysia.
12. Dakwaan bahawa jenayah telah meningkat sejak ISA (Akta Keselamatan Dalam
Negeri) dimansuhkan.
13. Tuduhan mengenai pesawat kerajaan. – BERNAMA