Negara Maju 2020: Kedah Perlu Tingkat KDNK Kepada RM35 Bilion

Exco Hal Ehwal Pengguna dan Koperasi, Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail
ALOR SETAR - Kerajaan Barisan Nasional (BN) Negeri Kedah mensasarkan peningkatan Keluaran Dalam Negar Kasar (KDNK) meningkat kepada RM35 bilion berbanding hanya sebanyak RM26 bilion yang diperoleh sekarang.

Exco Hal Ehwal Pengguna dan Koperasi, Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail dalam satu kenyataannya optimis terhadap perkembangan dan kerancakan ekonomi yang sedang berlaku di negeri Kedah.

"KDNK Kedah adalah RM26 bilion.

"Pada ketika itu, mungkin KDNK Kedah ialah RM26 bilion dan boleh meningkat kepada RM35 bilion," katanya dalam satu kenyataan kepada media, baru-baru ini.

Kata Adun Guar Chempedak itu, Kerajaan Negeri Kedah perlu pro-aktif mencari jalan bagi meningkatkan kadar perolehan KDNK negeri itu pada tahap sekurang-kurangnya 3 peratus yang dianggar benilai RM700 juta dalam menghadapi cabaran negara maju pada tahun 2020.

Dalam kejayaan menambah bilangan koperasi baru, Kerajaan Negeri menurut beliau sedang merangka beberapa strategi untuk memastikan sasaran peningkatan jumlah KDNK mencapai matlamat yang telah ditetapkan.

Jelas beliau, perancangan strategik itu difahamkan bakal melibatkan penubuhan beberapa lagi koperasi secara menyeluruh di semua daerah yang berpotensi di Kedah.

"Di Kedah kita mempunyai lebih 900 koperasi yang maju, kurang maju dan masih baharu. Dari jumlah itu, sumbangan koperasi kepada perolehan ekonomi Kedah adalah sekitar RM250 juta.

"Sebagai permulaan, kita perlu baiki semua koperasi sedia ada dan tubuh koperasi baharu di setiap daerah," kata beliau sejurus merasmikan Program Hijrah Nusa yang bertema 'Merakyatkan Koperasi', Peringkat Daerah Yan.

Selain itu, beliau turut menyatakan keyakinan beliau dengan pertumbuhan koperasi di kawasan luar bandar turut akan membantu masyarakat kampung di sekitar pedalaman Kedah untuk meningkatkan pendapatan serta merapatkan jurang sosio-ekonomi luar bandar di negeri itu.

“Sebagai permulaan, kita perlu baiki semua koperasi sedia ada dan tubuh koperasi baharu di setiap daerah," ujarnya lagi. -Kedahnews.com